Followers

Monday 11 August 2014

#menjemput rezeki 2

Assalamualaikum..

Kat luar sana hujan..tapi kat dalam rumah tak de air..huhu..susah jugak..aduhaiii..

Nasib baik bekalan air yang semasa catuan awal tahun dulu masih bertadah..

Alhamdulilah..

Entry manjemput rezeki kali ini mengenai ZIKIR

Ya..menjemput rezeki dengan zikrullah..senang kan??
Apa susahnya untuk berzikir? Tak perlu keluarkan peluh pun. Tidak perlu keluarkan belanja. Malah tidak mesti keluarkan suara. Dan ganjarannya, masya-ALLAH!! Luar biasa!!

Ibnu Qaiyum, seorang ulama hadis yang masyhur, mengarang sebuah kitab khusus tentang kelebihan berzikir yang berjudul al-Waabilussoyyib:

v  Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
v  Zikir menyebabkan Allah redha.
v  Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan hati dan badan.
v  Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya.
v  Zikir menarik rezeki.

Mari kita perhatikan pula janji ALLAH di bawah:
“Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi).
(Al-An’am 6:160)

Cuba bayangkan betapa baiknya Allah. Jika diringkaskan, formulanya jadi begini:
v  Buat baik nisbahnya 1:10
v  Buat jahat nisbahnya 1:1

Memang benarlah Allah itu Maha Pemurah. Jika ada yang hidupnya masih susah, memang tiada yang boleh disalahkan kecuali dirinya sendiri. Allah menyediakan amalan yang paling mudah dengan ganjaran yang luar biasa besar!

Sumber: MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI Fathuri Salehuddin

Jadi..?? pilihan ditangan anda!!

Saya ingin kongsikan pengalaman sendiri berdasarkan amalan zikir..
Suatu hari (ayat biasa nak mulakan cerita~~kwang kwang) mommy biz saya mesej supaya mengamalkan zikir “Ya Wahhab” sebanyak 1000 kali sekurang kurangnya.. Ya Wahhab bermaksud Dia Yang Maha Memberi..saya sebenarnya tak mengira berapa bilangan yang saya zikir kan pada petang itu..sambil mengawasi pelajar menjalani peperiksaan mulut dan lidah terkumat kamit berzikir..manakala hati saya menterjemahkan maksud Ya Wahhab tersebut.. ALLAH MAHA BESAR belum sempat peperiksaan tamat (2 jam) saya menerima SMS oder dari seorang customer..bukan sedikit yang diodernya malah satu SET ANAK PINTAR- Omega Guard, Vitamin C Chewable, Mealshake dan ESP untuk dirinya sendiri.. 

Maha Suci Allah Yang Maha Memberi!!

Pesan saya, sesiapa yang ikhlas dalam beramal pasti ganjaran Allah tersangatlah besar!

 Bak kata mommy biz I “sape buat dia dapat” kan??


No comments:

Post a Comment