Followers

Tuesday 5 August 2014

#menjemput rezeki 1

Assalamualaikum..
petang yang agak panas..alhamdulillah..
cuaca camni elok kalau nak berkebun ni..

hari ni just nak share ilmu
iaitu menjemput rezeki dengan mendoakan orang lain..
Bukanlah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.
Riwayat Bukhari dan Muslim 

 so??apa kaitan nak doa orang dengan hadis di atas??
ye la.. nak doa perlukan masa yang aman..ketenangan..kan??
kalau kita sedang marah camne? agak agak apa doa kita kat orang kan?
hihi

Ada satu kisah yang dikongsi oleh ustaz Fathuri Salehuddin di dalam buku beliau iaitu..
kisah seorang perniaga yang berjaya..berjaya dari segi mengurus hutang pelanggan nya, bila ditanya rahsia kejayaan beliau..peniaga tersebut menceritakan "Setiap hari selesai solat subuh, saya mendoakan satu persatu pelanggan saya, agar lancar perniagaannya"..katanya..

jadi..
kalau masih ada rasa marah..lupakan lahhhh
kalau masih ada rasa dendam..abaikan lahhhh

Jom kita mulakan amalan yang sama..
doa yang baik baik..untuk semua orang..

jika kita seorang guru akan selalu mendoakan pelajarnya
jika kitaseorang murid sering seringlah mendoakan guru kita
jika kita seorang anak?
jika kita seorang suami?
ya....dan jika dan jika yang seterusnya..

ayuh,mulai sekarang, kita bertekad mahu menjadi orang yang paling kerap mendoakan orang lain.




sekian..
semoga bermanfaat untuk anda semua =)

jumpa lagi tatatata

p/s..entry kali ni ada sifu..sila panggung tu duk hajar nak bagi blog menarik sket kata nye..haha
thanks to cik ma(^___^)

No comments:

Post a Comment