Followers

Wednesday 19 November 2014

Lokasi Percutian - Cuti Sekolah!!!

Assalamualaikum..
menghitung hari~~
detik demi detik..

T_T
tangkap leleh lahhhhh
nak cuti! nak balik kampung!!

eh korang cuti nanti pergi mana ye??
dalam negeri? luar negeri? oversea??

sapa tau ni mana?? haha teka teki pulak ye..ni la Pulau Krabi..
Pulau Krabi ialah destinasi impian untuk percutian merangkap honeymoon tu..hihi..ni tempat yang kelima dalam list~~ngeh ngeh

Pulau Jeju
Pulau Jeju
Pulau Jeju ni pun dalam top 5 jugak..selalu berangan masa time anak dara nak datang sini dengan suami..in syaa ALLAH akan dikabulkan je tak,,aamiin~~ korang semua kena aamiin kan jugak tau!

Pulau Perhentian Kecil, Malaysia
ni destinasi paling best pernah saya pergi..Pulau Perhentian
Pulau Perhentian ni bukan lagi dream ke impian tapi salah satu destinasi percutian yang wajib korang pergi..kenapa?? mestilah sebab best..saya pernah kerja sini tau..sebulan je..tapi memang terbaik lah!!

LEGOLAND Malaysia Resort Image Gallery
LegoLand!!!!!!!!

LegoLand!! haha..ni memang serius nak pergi..tapi suami asyik cakap nanti kita pergi..nanti...huhu
dah macam budak budak mintak aiskrim je kan..hahaha..sabar....nanti dah pergi saya share gambar ngan korang tau..

Attractions in Malaysia
sini pun tak penah sampai lagi T_T

Korang jangan gelak..Zoo Negara ni #1 dalam list destinasi percutian saya tau! dah ok, bai.

bercuti tu cuti jugak, kesihatan jangan lupa ye..
pastikan anda membawa semua ubat-ubatan..supplement yang WAJIB diambil..
cuti sambil sihat dan cantik semestinya ^_^

Yana | 0105298215
Shaklee Independent Distributors | 947863



Promo November 2014

Assalamualaikum
segalanya bermula disini
dan segalanya berakhir disini..

chewahhhhh jiwa ayat tu..hihi

hai korang..lama tak update blog!!
sorry 
^_^'


here you go~~
November Promo!!

Beli 6 Percuma 1
Rundingan percuma 
Harga kompem jatuh hati..hihi

Yana | 0105298215
Shaklee Independent Distributors | 947863

Tuesday 21 October 2014

Basic H

Assalamualaikum
sape cuti hari ni???? angkat tangan!!!
hihi~~
cuti tiada istilah cuti bagi surirumah cam kita ni..
kan??? tak perlu sebut satu-satu kang berjela list to do kat entri ni^^

nak cerita pembantu saya yang paling best!!
mr.BASIC H
mr.Basic H bersama dayang-dayang(botol spray) yang boleh anda miliki dengan 3 corak berbeza dengan setiap pembelian Set Get Clean sahaja^^
Apa itu Basic H

  • Adalah sesuatu yang anda perlukan untuk membantu anda melakukan ribuan kerja isi rumah.
  • kepekatan yang tinggi - 16 auns boleh dibancuh sehingga 48 gelen air yang menjadikan ianya pembersih berkuasa tinggi!
  • Berkuasa untuk menanggalkan gris pada dapur, membersihkan dan mengilap cermin tingkap kediaman anda, membantu memberihkan lantai dari debu dan kotoran berminyak dan sejuta kegunaan lain yang boleh anda cuba!!
Keistimewaan Basic H
  • Tidak perlu dibilas
  • Tidak melekit
  • Tiada toksid
  • Semulajadi
Tahukah anda??

"Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti Butyl Cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun, yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan."
 Pencuci Super Organik iaitu mr.Basic H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain!!!

Senarai tugas yang boleh mr.Basic H lakukan dengan cekap dan berkesan!! tak caya?? cubalah!!

TESTIMONI Basic H

Kesan kotor pada pakaian pun boleh~~
Hilang terus karat tu..amazing!!
haa yang ni best~~ibu yang ada anak yang suka berkarya wajib ada Bsic H nih



Yang ni saya paling suka~~zap zap spray..lap..dah bersih..!!



setiap rumah wajib memiliki pembantu yang hebat macam mr.Basic H ni..ho ho ho~~ mesti senang hati!!

Berminat?? 
Hubungi 

Yana | 0105298215
Shaklee Independent Distributor | 947863



Keputihan Boleh Membawa Maut!!


Assalamualaikum..
Selamat hari Selasa semua^^
seronok hari ni sebab internet dah boleh bernafaassss~~~

hari nak ajak kawan-kawan bincang tentang satu penyakit klasik yang hampir dihidapi oleh setiap orang terutamanya wanita macam kita ni..jommm baca ni....baca sampai habis tau (^_^)



Hidup boleh menjadi murung dengan kehadiran keputihan.
Apakah keputihan

Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan

Jangkitan kulat pada dinding vagina yang dipanggil Candida Albicans.

Faktor keputihan

1.     Faktor Kebersihan
Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
2.   Faktor Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
    • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
    • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
    • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
    • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah

3.     Faktor Gaya Hidup
Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
4.    Faktor Kesihatan
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Bahaya Penyakit Keputihan
Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.
Cara mencegah Penyakit Keputihan
Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.


Aktiviti melancong dapat menenangkan fikiran..HIdup secara positif.
Cadangan untuk rawatan dan pencegahan dari Shaklee:

Set Rawatan Keputihan
 Penerangan Produk:

  1. Garlic Complex: Merawat dan mengatasi jangkitan kulat pada dinding vagina. Ianya bertindak sebagai antibiotik yang selamat dan berkesan secara semulajadi.
  2. Alfalfa Complex: Merupakan makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  3. Gla Complex: Mengawal hormon dengan baik, memperbaiki sistem PMS.

"Mencegah lebih baik daripada mengubati..kawal diet anda..amalkan hidup yang positif dan ceria..Tiada penyakit tanpa ubat"


Sekian sahaja entri kali ini..semoga ianya bermanfaat kepada semua^^

pertanyaan?? tempahan!!
hubungi

Yana | 0105298215
Shaklee Independent Distributor | 947863 

Sunday 12 October 2014

Application for 5 minutes poster


Assalamualaikum..
nice day all!!

Poster pertama yang dihasilkan..banyak kelemahan.
Poster kedua..masih banyakkkk kelemahan..Point yang kurang di "highlight"..hihi..teruskan usaha!!

Seronok sebab pandai guna wallpaper tu..cantik kan?? haha




Poster semalam 11.10.2014
seronok men"download" gambar untuk projek poster ni..hihi



List Application untuk buat poster:
  • PhotoGrid
  • Moldiv
  • InsText
  • Rhonna Design
  • Picsart
  • Cymera
  • Photo Collage
  • Label Box
  • Instamag
  • Phonto
  • Phoster
  • Photor
  • Photo Editor
Yang saya guna untuk buat poster tu ialah PhotoGrid..

Selamat Mencuba Semua!!


Thursday 9 October 2014

vlefrog

Assalamualaikum..
Apekepelik sangat entry kali ni ye..
Haha..

Ni le yang duk jadi isu utama sekolah..dari peringkat kementerian lagi dorang duk suruh cikgu cikgi buat benda ni..

Bukan benda actually(korang sebut ekceli) vlefrog ni sebijik blog..tapi untuk pembelajaran dalam pengajaran atau biasa disebut dengan singkatan PdP.

Vlefrog perlu di create oleh guru..perlu masukkan nota,slidenotes,tips dan sebagainya..selain itu..guru juga perlu sentiasa update kuiz dan latihan..

Yang ajaibnya..vlefrog ni ada admin..tak boleh ngelat lah ye..hiiihiii..cikgu kena hop in(sebab katak kan) dan buat sesuatu..jangan lompat masuk pastu lompat keluar..kena memo nanti!! Hihiiiihiii

Pelajar yang hop in pun kita boleh detect sape,brapa lama dia hop in dan kekerapan dia hop in..ajaibbbb sungguhhhhhh!

Jadi,ada dua minggu lagi lebih kurang masa untuk saya sebagai seorang cikgu yang menternak katak(ingat kan dah mati sebab create hari tu awal bulan 6,tak tanya khabar pebendapuntakbleh..hahaha)

Doakan saya je kenkawan..
Sapa ada idea items untuk subjek Kemahiran Hidup pilihan Perdagangan dan keusahawanan dan Ekonomi rumah tangga boleh lah share ye..

Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Cepatlah kakak cepat,
Jangan jadi golongan yang rugi..

(^_________^)

Sekian,pantun katak saya untuk entry kali ini..
Actually (yang disebut ekceli) saya masih blur sebab baru lepas keluar mesyuarat bersama-sama penternak katak yang lain...

Ongggg kedek kedekkkkk




Monday 6 October 2014

Istighfar

Assalamualaikum..
selamat pagi yang sangat pagi..pukul 1.30 pagi sekarang ni..hihi
tadi dah terlena..tiba-tiba terkejut..istighfar panjang..
dah cuba sambung lena dah taknak...kalih kanan kiri, taknak jugak..
hmmm bangun jenguk blog ler^^

Madah pagi

"istighfar ibarat menyucikan diri dari dosa kecil bagaikan mencabut rumput di padang yang luas.. semakin banyak yang dicabut semakin banyak rumput yang hilang..namun rumput baru pasti akan tumbuh kan?? jadi jangan jemu mencabut^^ beristighfarlah setiap masa seiring nadi dan hembusan nafas mu.."


kelebihan Istighfar seperti yang semua tahu^^

Allah akan jadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki dari sumber yang tidak disangka sangkakan.. 

 MasyaAllah Maha Suci Allah..
jom Istighfar..

sebelom sambung tidur istighfar 10x atau 100x atau 1000x^^
sekian..jumpa lagi..


Sunday 5 October 2014

Bahaya Korek Hidung

Assalamualaikum..
selamat malam semua..

lovely day..redup je dari siang tadi..cuaca nyaman..
seolah olah memahami gelora hati kerana tak dapat balik kampung sempena raya korban ni kot..huhu..T_T

lupakan..tak yah touching touching..hihi. nih nak share BAHAYA KOREK HIDUNG..
haa sapa suka korek idung pakai tangan(tak kan nak pakai kaki kot (-_-)' haha..baca nih!!


Tabiat buruk tidak mencuci tangan selepas menyentuh, mengorek hidung dan menggosok hidung kerana ianya boleh mengundang penyakit yang serius dan berbahaya!

Ianya boleh menyebabkan ~~~Penyakit - Jangkitan Kulit Impetigo

Berpunca daripada Bakteria: 1)Staphylococcus aureus 2)Streptococcus pneumoniae

Staphylococcus aureus

Streptococcus pneumoniae
Kedua-dua bakteria menghuni didalam hidung dan hanya bertindak apabila keluar dari hidung melalui lelehan air hidung seperti hingus ketika selesema dan memasuki kulit yang terluka atau ada rekahan.

Lebih buruk, jangkitan kulit Impetigo juga boleh menular dan menjangkiti orang lain menerusi sentuhan atau berkongsi barangan, pakaian dan tempat tidur dengan pesakit.

Impetigo boleh menjangkiti sesiapa sahaja, tetapi lebih kerap dialami bayi dan kanak-kanak kerana pada usia berkenaan sistem imun mereka masih belum matang.



Simptom
Bahagian kulit yang dijangkiti akan kemerahan, berkerak dan gatal-gatal. Apabila lepuhan pecah, ia akan 
kering dan berbentuk keruping berwarna kuning keperangan.

Biasanya impetigo akan terbit di kawasan hidung dan mulut tetapi boleh berjangkit ke bahagian tubuh lain selepas menyentuh atau menggaru kawasan dijangkiti.




Cara rawatan

Jangkitan penyakit ini biasanya ringan dan tidak serius serta boleh dirawat hanya dengan menyapu atau makan ubat antibiotik dengan arahan doktor. Jangkitan yang dirawat awal boleh sembuh dalam tempoh seminggu.

  • Bagaimanapun, impetigo yang tidak dirawat menyebabkan jangkitan menjadi lebih serius apabila bakteria mula memasuki lapisan kedua kulit (dermis).


Pada peringkat ini, jangkitan dikenali sebagai ecthyma dan pesakit akan merasa sakit dan sangat gatal di bahagian yang dijangkiti. Jika masih tidak dirawat, keadaan akan menjadi semakin serius dan pesakit akan menderita kesakitan yang berdenyut-denyut dan pesakit juga akan demam.

Tips cegah jangkitan kulit

  • Cuci luka setiap masa dengan air dan sabun yang sesuai
  • Rawat luka dengan krim antibiotik
  • Perhatikan tanda awal jangkitan supaya dirawat awal
  • Sapu losyen pada kulit bagi mengelak rekahan atau kekeringan yang menjadi punca bakteria masuk
  • Lindungi tangan dan kaki dengan kelengkapan sesuai semasa melakukan aktiviti di dalam atau luar rumah
  • Buat rawatan segera bagi penyakit kulit yang mudah berjangkit
  • Cuci permainan anak setiap kali digunakan dan sembur dengan antiseptik

Cadangan dari saya


anda yang ingin mencegah dari berlakunya Impetigo terutama bagi melindungi anak kecil anda yang comey tu boleh mencuba :



vitamin cadangan:
1. Nutriferon - mempertingkatkan sistem ketahanan tubuh terutamanya anak kecil.
2. Vita C Plus Chewable sangat sesuai untuk anak anak kecil dimana ianya boleh dikunyah dan mempunyai kebolehan untuk merawat demam dan membantu badan melawan bakteria dan mengatasi demam.

okayyyyyy
itu sahaja^^

tQ for reading..




Saturday 4 October 2014

Hari Raya Haji 2014

Assalamualaikum..

Salam kemaafan
Salam pengorbanan

Dengan penuh tulus ikhlas..saya menyusun sepuluh jari memohon maaf..
dan juga dengan penuh rasa sebak( tak balik kampung) saya mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 

untuk semua..



Semoga ianya menjadi ibadah kepada kita..
Aaminn..

In syaa Allah

salam sayang..

Yana | 0105298215
SID | 947863