Followers

Tuesday 16 September 2014

Sahabat

Assalamualaikum
Pagi yang ceria dan dengan doa semoga kita semua mendapat rezeki melimpah ruah dari sumber yang tidak disangka-sangka..aaminn (^_^)

Cerita semalam..
Semalam saya dikejutkan dengan banyak cerita..cerita tentang SAHABAT. Boleh kategori sebagai sahabat ke tidak ye? Sebab definisi sahabat bagi saya ialah seseorang yang susah senang bersama, menegur bila kita salah, memimpin apabila kita keluar dari landasan yang betol dan sentiasa menyokong setiap perbuatan baik yang kita lakukan. Yesss!! A true friend!

Yang satu ni rasanya cukup sebagai seorang teman yang mana mencari peluang di atas kelebihan diri kita. Lebih tepat diri yang menjalin sebuah ikatan perkenalan dijadikan sebagai batu loncatan untuk lebih berjaya di dalam sesuatu bidang..habis manis sepah mestilah dibuang!

Dimana silapnya?? Tiada apa yang silap..malah ianya satu keuntungan yang telah Allah s.w.t aturkan..ia mengajar erti mengenal yang mana kaca dan yang mana permata.. ya, kilauan yang memancar telah membutakan mata saya..saya terpesona dan tersilap menggapai kaca yang kononnya adalah permata yang bernilai..hihi..’tipah tertipu…alahai tipah’

Sudah, tiada apa yang dikesalkan..tiada rasa menyesal..malah saya bersyukur kerana pertemuan itu, ia menguatkan jiwa saya mengenal erti memberi dan ikhlas. Emo? Tak!! Saya tidak emo malah berpijak dibumi nyata bukan igauan. Kenapa entri ini perlu ditulis dan disiar? Sebagai peringatan kepada diri jua agar tidak melakukan perbuatan SAHABAT kepada sahabat yang lain..

Akhir kalam, ikhlas lah dalam menjalinkan ukhwah.. memberilah kerana ALLAH s.w.t kerana dari ALLAH jua setiap yang diterima..


Sedikit perkongsian dari album peribadi.. mereka ialah sahabat yang setia bersama saya.. disetiap masa jiwa kerapuhan dan dikala jiwa kegirangan (^_^)

Sahabat yang bersama sama berjuang sebagai Guru di SMK Sijangkang
Jaya! korang the best!!

My Soul and My Everything!! my gugurl siblings..kak long sorang je yang de dalam ni..

Sahabat setia bersama..mengutip kenangan dikala hati gundah gulana..hihi^^ IKBN Bachok 2008 sentiasa menjadi kenangan terindah kami bertiga!

Sahabat setahun..h0h0..the best of the best..UUMs' friends..DPLI Perniagaan & Keusahawanan..

tQ for reading^^

Yana | 0105298215
SID | 947863


1 comment: