Followers

Sunday 5 October 2014

Bahaya Korek Hidung

Assalamualaikum..
selamat malam semua..

lovely day..redup je dari siang tadi..cuaca nyaman..
seolah olah memahami gelora hati kerana tak dapat balik kampung sempena raya korban ni kot..huhu..T_T

lupakan..tak yah touching touching..hihi. nih nak share BAHAYA KOREK HIDUNG..
haa sapa suka korek idung pakai tangan(tak kan nak pakai kaki kot (-_-)' haha..baca nih!!


Tabiat buruk tidak mencuci tangan selepas menyentuh, mengorek hidung dan menggosok hidung kerana ianya boleh mengundang penyakit yang serius dan berbahaya!

Ianya boleh menyebabkan ~~~Penyakit - Jangkitan Kulit Impetigo

Berpunca daripada Bakteria: 1)Staphylococcus aureus 2)Streptococcus pneumoniae

Staphylococcus aureus

Streptococcus pneumoniae
Kedua-dua bakteria menghuni didalam hidung dan hanya bertindak apabila keluar dari hidung melalui lelehan air hidung seperti hingus ketika selesema dan memasuki kulit yang terluka atau ada rekahan.

Lebih buruk, jangkitan kulit Impetigo juga boleh menular dan menjangkiti orang lain menerusi sentuhan atau berkongsi barangan, pakaian dan tempat tidur dengan pesakit.

Impetigo boleh menjangkiti sesiapa sahaja, tetapi lebih kerap dialami bayi dan kanak-kanak kerana pada usia berkenaan sistem imun mereka masih belum matang.



Simptom
Bahagian kulit yang dijangkiti akan kemerahan, berkerak dan gatal-gatal. Apabila lepuhan pecah, ia akan 
kering dan berbentuk keruping berwarna kuning keperangan.

Biasanya impetigo akan terbit di kawasan hidung dan mulut tetapi boleh berjangkit ke bahagian tubuh lain selepas menyentuh atau menggaru kawasan dijangkiti.




Cara rawatan

Jangkitan penyakit ini biasanya ringan dan tidak serius serta boleh dirawat hanya dengan menyapu atau makan ubat antibiotik dengan arahan doktor. Jangkitan yang dirawat awal boleh sembuh dalam tempoh seminggu.

  • Bagaimanapun, impetigo yang tidak dirawat menyebabkan jangkitan menjadi lebih serius apabila bakteria mula memasuki lapisan kedua kulit (dermis).


Pada peringkat ini, jangkitan dikenali sebagai ecthyma dan pesakit akan merasa sakit dan sangat gatal di bahagian yang dijangkiti. Jika masih tidak dirawat, keadaan akan menjadi semakin serius dan pesakit akan menderita kesakitan yang berdenyut-denyut dan pesakit juga akan demam.

Tips cegah jangkitan kulit

  • Cuci luka setiap masa dengan air dan sabun yang sesuai
  • Rawat luka dengan krim antibiotik
  • Perhatikan tanda awal jangkitan supaya dirawat awal
  • Sapu losyen pada kulit bagi mengelak rekahan atau kekeringan yang menjadi punca bakteria masuk
  • Lindungi tangan dan kaki dengan kelengkapan sesuai semasa melakukan aktiviti di dalam atau luar rumah
  • Buat rawatan segera bagi penyakit kulit yang mudah berjangkit
  • Cuci permainan anak setiap kali digunakan dan sembur dengan antiseptik

Cadangan dari saya


anda yang ingin mencegah dari berlakunya Impetigo terutama bagi melindungi anak kecil anda yang comey tu boleh mencuba :



vitamin cadangan:
1. Nutriferon - mempertingkatkan sistem ketahanan tubuh terutamanya anak kecil.
2. Vita C Plus Chewable sangat sesuai untuk anak anak kecil dimana ianya boleh dikunyah dan mempunyai kebolehan untuk merawat demam dan membantu badan melawan bakteria dan mengatasi demam.

okayyyyyy
itu sahaja^^

tQ for reading..




4 comments:

  1. hui..xsangke bahaye eh kalo salah teknik, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..haa tu la..kena korek idung dengan bergaya pasni..h0h0~~

      Delete
  2. Uisshh..bhya jgak..tp mcm mne plak yg baby ske korek hidung pstu msk mulut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak elok sebenarnya..kalau boleh pantau tu memang kena pantau la .hihi..tapikan kalau diluar kemampuan kita serahkan pada Allah..in syaa Allah selamat..sebab tu dinasihatkan momies semua boost imune baby tu dgn bagi madu atau supplement seperti yang disarankan..in syaa Allah..

      Delete