Followers

Thursday 2 October 2014

Penyakit Gout



Assalamualaikum
hari bercerita tentang penyakit yang agak menakutkan..
suka menyerang dan mendekati kaum lelaki..huhuhu
iaitu penyakit GOUT



Maksud

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Ciri-ciri
Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Sila lihat: Metabolisme asid urik
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usiaobesitiHiperlipidemia Jenis IVkencing manispenyakit jantung iskemia, dan darah tinggi.


                                         

Tanda dan gejala
Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dantulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.
                                                     
                                                  

Rawatan
Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikankacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawandaun bayampucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.
Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberiberi biru atau ceri. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggukepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.
Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2004 menunjukkan bahawa sumber-sumber purina daripada daging haiwan, seperti daging lembu dan makanan laut, amat meningkat risiko hidapan gout. Bagaimanapun, sumber-sumber purina daripada sayur-sayuran tidak mengakibatkannya. Keluaran-keluaran tenusu lemak rendah seperti susu skim (susu tanpa lemak) juga amat mengurangkan kemungkinan menghidap gout. Kajian ini telah mengikut melebihi 40 ribu orang lelaki selama bertahun-tahun, dengan 1,300 kes gout daripada kumpulan ini dilaporkan. (Choi 2004)

Cadangan saya untuk anda

                                         

Set untuk pesakit Gout iaitu:
1. Alfalfa - berfungsi sebagai detoks atau dapat mengeluarkan toksin yang terdapat di dalam badan. ianya sangat penting bagi memastikan badan dapat menyerap vitamin dengan baik apabila badan telah bebas dari toksin.
2. Omega Guard - mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.
3. Performance Drink - memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit Gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap melalui kencing. Jadi air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance drink akan memastikan dan berfungsi menggantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.
4. AJHT - sangat baik untuk melegakan kesakitan pada sendi yang diserang penyakit Gout. Ia juga membantu sendi sembuh dengan lebih cepat. 
                                                             
                                                       
Anda juga boleh mencuba:
VIVIX- tonik ajaib yang mampu merawat dalaman anda dengan berkesan.

~mencegah lebih baik dari mengubati ^^~

Berminat? Inginkan info lebih lanjut??

Hubungi 
Yana | 0105298215
SID | 947863 




No comments:

Post a Comment