Assalamualaikum..
selamat malam semua..
lovely day..redup je dari siang tadi..cuaca nyaman..
seolah olah memahami gelora hati kerana tak dapat balik kampung sempena raya korban ni kot..huhu..T_T
lupakan..tak yah touching touching..hihi. nih nak share BAHAYA KOREK HIDUNG..
haa sapa suka korek idung pakai tangan(tak kan nak pakai kaki kot (-_-)' haha..baca nih!!
Tabiat buruk tidak mencuci tangan selepas menyentuh,
mengorek hidung dan menggosok hidung kerana ianya boleh mengundang penyakit
yang serius dan berbahaya!
Ianya boleh menyebabkan ~~~Penyakit - Jangkitan Kulit Impetigo
Berpunca daripada Bakteria: 1)Staphylococcus aureus 2)Streptococcus
pneumoniae
Staphylococcus aureus |
Streptococcus pneumoniae |
Kedua-dua bakteria menghuni didalam hidung dan hanya
bertindak apabila keluar dari hidung melalui lelehan air hidung seperti hingus
ketika selesema dan memasuki kulit yang terluka atau ada rekahan.
Lebih buruk, jangkitan kulit Impetigo juga boleh menular dan
menjangkiti orang lain menerusi sentuhan atau berkongsi barangan, pakaian dan
tempat tidur dengan pesakit.
Impetigo boleh menjangkiti sesiapa sahaja, tetapi lebih
kerap dialami bayi dan kanak-kanak kerana pada usia berkenaan sistem imun
mereka masih belum matang.
Simptom
Bahagian kulit yang dijangkiti akan kemerahan, berkerak dan
gatal-gatal. Apabila lepuhan pecah, ia akan
kering dan berbentuk keruping
berwarna kuning keperangan.
Biasanya impetigo akan terbit di kawasan hidung dan mulut
tetapi boleh berjangkit ke bahagian tubuh lain selepas menyentuh atau menggaru
kawasan dijangkiti.
Cara rawatan
Jangkitan penyakit ini biasanya ringan dan tidak serius
serta boleh dirawat hanya dengan menyapu atau makan ubat antibiotik dengan arahan
doktor. Jangkitan yang dirawat awal boleh sembuh dalam tempoh seminggu.
- Bagaimanapun, impetigo yang tidak dirawat menyebabkan jangkitan menjadi lebih serius apabila bakteria mula memasuki lapisan kedua kulit (dermis).
Pada peringkat ini, jangkitan dikenali sebagai ecthyma dan
pesakit akan merasa sakit dan sangat gatal di bahagian yang dijangkiti. Jika
masih tidak dirawat, keadaan akan menjadi semakin serius dan pesakit akan
menderita kesakitan yang berdenyut-denyut dan pesakit juga akan demam.
Tips cegah jangkitan kulit
- Cuci luka setiap masa dengan air dan sabun yang sesuai
- Rawat luka dengan krim antibiotik
- Perhatikan tanda awal jangkitan supaya dirawat awal
- Sapu losyen pada kulit bagi mengelak rekahan atau kekeringan yang menjadi punca bakteria masuk
- Lindungi tangan dan kaki dengan kelengkapan sesuai semasa melakukan aktiviti di dalam atau luar rumah
- Buat rawatan segera bagi penyakit kulit yang mudah berjangkit
- Cuci permainan anak setiap kali digunakan dan sembur dengan antiseptik
Cadangan dari saya
anda yang ingin mencegah dari berlakunya Impetigo terutama bagi melindungi anak kecil anda yang comey tu boleh mencuba :
vitamin cadangan:
1. Nutriferon - mempertingkatkan sistem ketahanan tubuh terutamanya anak kecil.
2. Vita C Plus Chewable sangat sesuai untuk anak anak kecil dimana ianya boleh dikunyah dan mempunyai kebolehan untuk merawat demam dan membantu badan melawan bakteria dan mengatasi demam.
okayyyyyy
itu sahaja^^
tQ for reading..
hui..xsangke bahaye eh kalo salah teknik, hihi
ReplyDeletehihi..haa tu la..kena korek idung dengan bergaya pasni..h0h0~~
DeleteUisshh..bhya jgak..tp mcm mne plak yg baby ske korek hidung pstu msk mulut?
ReplyDeleteTak elok sebenarnya..kalau boleh pantau tu memang kena pantau la .hihi..tapikan kalau diluar kemampuan kita serahkan pada Allah..in syaa Allah selamat..sebab tu dinasihatkan momies semua boost imune baby tu dgn bagi madu atau supplement seperti yang disarankan..in syaa Allah..
Delete